MY PICTURE

MY PICTURE

Friday, November 5, 2010

winduuuuuu nye kat blog

salam...dah lama benar ayu x update blog ni...x tau dah nak cite ape...erm...skg ni ingat2 cma nak update pic2 kuih je la...kuih terbaru yg ayu buat...biskut2 raya pon ada gak...kita layannnnnn

Wednesday, June 23, 2010

Segala Macam Petua

Perbezaan antara baking powder,soda bikarbonat,mauripan dan potash

1) Baking powder adalah serbuk penaik dan digunakan dalam kebanyakan resepi kek,biskut serta roti.serbuk penaik apabila bercampur dengan bahan yang lembab akan mengeluarkan karbon dioksida berbentuk buih kecil yang menjadikan adunan naik gebu...

2) Soda bikarbonat juga adalah bahan penaik.hasil dr tindak balas kimia didalm bahan ini dan bahan cecair didalam adunan mengeluarkan gas karbon dioksida yang menjadikan adunan kembang dan gebu.bahan-bahan yang bergabung dengan dengan soda bikarbonat dan kemudian mengeluarkan gas karbon dioksida ialah cuka,jus limau,susu masam,madu,coklat, dan gula hangus.tindak balas ini berlaku  apabila ditambah cecair.oleh sebab itu adunan mesti dimasukkan terus kedalam ketuhar dan dibakar secepat mungkin..jika dibiarkan terlalu lama,adunan akan rosak dan tidak akan mengembang dengan elok...

3) Mauripan adalah salah satu jenama yis yang ada dijual di pasaran.

4) Potash adalah nama beberapa jenis kumpulan potasium.bahan ini telah di gunakan sejak kurun ke 18 lagi untuk menggebukan beberapa jenis resepi yang menggunakan ketuhar.dengan menggunakan potash,kuasa mengembang bertambah dan kebiasaanya bahan2 seperti susu masam atau gula hangus digunakan dalam resepi untuk menggalakkan keluarnya karbon dioksida..

Thursday, June 17, 2010

HAPPY BIRTHDAY




HAPPY BESDAY TO MY KIDS...

NUR AFIQAH - 19 JUN
AHMAD IRFAN - 17 JUN


Selamat hari lahir buat anakku AHMAD IRFAN AZIZI yg ke 5thn pd hr ini..dan selamat hari lahir buat anakku NUR AFIQAH AZIZI yg ke 7thn pd 19 jun ini....semoga menjadi anak yg soleh dan beriman....

ibu,abah,kakak dan nana...semua sayang angah...

Ya allah...aku bermohon kepada mu...engkau lindungi lah keluargaku dr sebarang musibbah dan malapetaka mu ya allah...lindungi suamiku dan anak2ku...lindungi mereka walau dimana jua mereka berada...

Ya allah...engkau lindungi lah anak2 ku dari pandangan mata manusia,syaitan serta iblis yang di laknati oleh mu...sesungguhnya engkau maha berkuasa...lindungi mereka dari perkara2 mungkar...jauhkan lah mereka dari sifat2 yang tidak baik..engkau jadikan lah mereka manusia yang berguna dan berakhlak mulia...jadikan lah juga mereka hamba mu yang mentaati perintah mu serta kedua org tua mereka....

Dan aku juga bermohon kepada mu...jauhkan lah aku,suamiku dan anak2ku dr kesulitan hidup dimuka bumi mu ini...sesungguhnya engkau maha mengetahui sesuatu yang mana tidak aku ketahui...

amin....


HAPPY BESDAY TO U ANGAH...

AND

HAPPY BESDAY TO U KAKAK...

I LOVE U SO MUCH.....









Dah berminggu2 xdapat nak update blog ni...bru 3,4hr ni dpt update ckit...tu pun sllu jem...line x brape nak ok la plak kat umah ni...tension rasanya...

Nak cite la ckit kan...awal bulan 6 baru ni ada cust tempah kek kawin...memandangkan ayu ni x la berapa terrerrrrr nak buat kek fondant dan di tambah lagi dengan ketiadaan bahan...so...ayu pun pas la kat kwn mx dia tolong buatkan...cust 2 tempah 1bj untuk hantaran dan 1 lagi kek 3 tingkat..yg 3tingkat 2 4 wedding kat dewan...

mmg cantik sgt kek yg kwn ayu buatkan 2...harganya pun ok aje...

Nak dijadikan cite...kek 3tingkat 2 nak kena pasang kat dewan..jadi ayu ngn kwn ayu ni g pasang kat dewan kelana jaya nu...pergh!!! meriah giler...kitorg kesana jam 9pg..ayu n kwn ayu ni kena menghias/menampal kek 2 sebelum majlis bermula...so...kitorang mulakan keje2 menghias 2 dr jam 9.30 dan siapnya hampir2 jam 12 tghri...penat gilerrr kau...

and ini lah hasilnya kek yg dibuat oleh kwn ayu 2 dan kek3 tingkat yg ayu sama2 bantu menghiasnya...xde la terrer sgt..tp ok la kan???

tada.....









yea....ini lah hasilnya....balik je dr pasang kek 2...ayu langsung tido...penat...berdiri dr jam 9 hingga jam 12 mana x penatnya...bangun x bangun..hubby tolong kejutkan..2 pun dah jam 5.30ptg...kalo la my hubby x kejut...sah2 smpai mlm...hehe...esoknya lepas hubby g keje,dan lagi ayu sambung tibo sampai tengahari...kecian kat anak2ku itu...masing2..."ibu nak susu..."..hehehehe...

pada sape2 yang nak tempah 2...sila2 la ye...jangan segan2...pasti yang terbaik akan dipersembahkan..... 

P/S: Pada kak kin n kak nani...tq so much atas tempahan ini...kek2 ini adalah untuk adik kak kin...(kak kin n kak nani ni biras...)...lein kali jgn lpa tempah lagi ye.....TQ....

DARA LOVELY CARE - pencuci wanita terunggul...

DARA LOVELY CARE Intimate Cleanser & pH balance enriched with vitamin C & E


Dara Lovely Care adalah pembersih mahkota kewanitaan dan penstabil pH yang terunggul masa kini untuk wanita pelbagai lapis usia,dari remaja hingga wanita berusia


HARGA DIPASARAN HANYA RM20(100ML)


MENGAPA DARA LOVELY CARE MESTI DIMILIKI OLEH SETIAP WANITA?

Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan 85% penyakit ginekologi oleh infeksi mikrovirus pada organ reproduksi wanita. Dara Lovely Care yang dirumus dari ekstrak sireh, aloe vera dan herba-herba terpilih yang terbukti secara saintifik memiliki komponan aktif dan sebatian semulajadi yang berkhasiat seperti flavoumoid, polyhenol, hydoxcyl, chavicol, piperica, hemostasis dan bersifat antioksidan.

Pengetahuan dan kaedah penjagaan kesihatan yang betul adalah langkah terbaik untuk wanita mencegah penyakit ginekologi seperti kronik

-vulvitis,
-hakisan servikal vulvikal,
-inflamasi felvik,
-keputihan @ leucorrhea,
-cecair yang berbau,
-kanser servikal dan
-jangkitan bacteria.


Formulasi Dara Lovely Care yang Hypo-algemik, bebas initasi dan bertindak menstabilkan pH alat sulit wanita (pH3.5) ini membantu menguatkan struktur kolagen dan memperbaiki lapisan eperdemis dan sekaligus melambatkan penuaan sel-sel vagina.Dengan haruman bunga segar tanpa alkohol ini begitu selamat, memuaskan dan memberi kesan keremajaan yang menyakinkan.


Penggunaan yang berterusan akan menyerlahkan keanggunan dengan penampilan lebih yakin tanpa was-was selepas seharian bekerja.

Dara Lovely Care mempunyai keistimewaan tersendiri selain sebagai Intimate Cleanser dan Penstabil pH yang terbaik. Dengan khasiat herba yang di adun teliti ia dapat membantu memperbaiki peredaran darah, mengetatkan faraj, memulihkan ketegangan dan menguatkan otot vagina yang mengindahkan lagi hubungan suami isteri, mempercepatkan pemulihan luka lepas bersalin dan mengelak jangkitan kuman @ bakteria, memudarkan semula pigmen bahagian luar faraj dan memastikan kebersihan dan kesihatan mahkota wanita segar sepanjang hari tanpa aroma yang tidak menyenangkan.Pastikan Anda Tetap Yakin Dengan Kebersihan ‘kewanitaan’ Anda demi tuntutan Agama dan Keyakinan Berterusan.. Pastikan Malam-malam bersama suami tetap indah dan membahagiakan.


Pada sesiapa yg berminat utk mbeli produk ini,boleh hubungi saya utk keterangan lanjut & cara2 utk dptkn produk ni.sesiapa yg bminat utk mnjadi ejen produk ni..call saya segera..tq

Pasti anda merasa terpegun dengan hasilnya....


HARGA PROMOSI  RM18 (biasa rm20)

harga tanpa kos pehantaran ye...

THERAPY HAYAT - jus anti penuaan

Tiada lagi rahsia utk awet muda....


THERAPY HAYAT

jus anti penuaan yang telah diadun dengan herba2 terpilih spt :
madu+kolagen+lobata+saffron+sireh+manjakani+kacip ftmh+pegaga+halia & ubi merah....


Dijual dengan harga terendah dipasaran... (RM16)


sememangnya mampu milik & terbukti berkesan,
certified GMP,HALAL&ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE,sangat laris!!!

Antara khasiatnya...
-kaya dgn vtmin A,B1,B2,B6,B12 & C
-mlmbatkan proses penuaan & mgurangkan gris2 halus
-menangani mslah jrwat pasir,jrwat batu & jrwat bdan
-mencegah masalah jantung
-memulihkan hormon & membekalkan elastin dibwh lpisan kulit agar kmbli tegang....
-mencegah pembiakan sel pra kanser
-mlancarkan peredaran darah
-baik digunakan sbg masker wjah agar wjah kelihatan segar & remaja.
-baik juga utk payudara kmbali anjal & lebih montok
-anti oxidant
-menambah tenaga
-awet muda
-mengecilkan liang2 roma & menghalang kulit berminyak
-memejalkan tisu kulit serta meratakan tone warna kulit
-memudahkan proses penghadaman
-membentuk & merampingkan badan tanpa bonjolan lemak
-juga DISYORKAN utk ibu2 lpas bersalin krna adunan herba2 terbaik didlm TH sgt baik utk pemulihan sistem dalaman......


SAPE2 YANG BERMINAT NAK JADI PENGEDAR DAN MAHU MENDAPATKANNYA...SILA
HUBUNGI SAYA YE...016-9367641..


P/S: TAWARAN HARGA ISTIMEWA BG SAPE2 YG NAK JADI PENGEDAR.....

HERBA KENCANA

Herba Kencana adalah merupakan produk keluaran Award Life & Beauty dgn kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia terhasil drpd pengalaman peribadi pengasasnya En Ismadi.


Herba Kencana merupakan kombinasi buah-buahan dan bunga-bungaan herba yang telah menjadi rahsia warisan pusaka pahlawan-pahlawan melayu.
HARGA PASARAN RM 45.00

GOLONGAN YG DISYORKAN MENGAMALKAN HERBA KENCANA:
1. Mereka yg mengalami masalah pembuangan air kecil & besar (tidak lawas)

2. Penghidap gastrik & ulser

3. Masalah hernia

4. Sukar tidur

5. Mereka yg mementingkan kecantikan / awet muda

6. Penghidap hipertensi

7. Penghidap kencing manis

8. Pesakit Jantung

9. Mereka yg mengamalkan diet

10.Buasir

11.Resdung

12. Gologangan wanita selepas bersalin

13.Masalah berat badan berlebihan

14. Lain-lain.


Khasiatnya amat mujarab & sukar ditandingi terbukti sebagai PEMAKANAN KESIHATAN serba lengkap yg dapat membaiki pulih sistem dalaman tubuh badan secara semulajadi.


KESAN PENGAMBILAN HERBA KENCANA :

Pengamal akan melalui 3 peringkat :-

1. Kesan Pengambilan 1-3 bulan pertama.

a. Melawaskan pembuangan air kecil & besar.
b. Menghilangkan kebas anggota badan.
c. Menghilangkan pedih disebabkanb gastrik & mengurangkan hernia.
d. Mengembalikan keupayaan seks sehingga 80%
e. Kulit terasa licin sprt mengamalkan loysen
f. Cepat berpeluh & bertenaga
g. Memulihkan kelesuan badan & lenguh-lenguh anggota badan.


2. Kesan Pengambilan 3 bulan - 1 tahun.

a. Melawaskan pembuangan air kecil & besar
b. Memulihkan hernia sehingga 95%
c. Mengembalikan keupayaan seks hingga 100% (normal)
d. Pembuangan toksik melalui perkumbahan secara ketara
e. Mengembalikan kecerdasan minda & keupayaan berfikir
f. Menghalang komplikasi-komplikasi akibat diet sprt gastrik
g. Menghilangkan pening kepala & lenguh-lenguh terutama dibahagian tengkuk, bahu & tulang kipas.
h. Membataskan selera makan (terasa kenyang)
i. Menghilangkan masalah sukar tidur


3. Kesan Pengambilan 1 tahun - 2 tahun & ke atas

a. Memulihkan hernia sehingga 100%
b. Meningkatkan stamina
c. Mengurangkan sensitiviti terhdp pengambilan makanan & kurang tidur (bg pesakit hipertensi)
d. Menghilangkan komplikasi-komplikasi akibat hipertensi lebih kurang 80-90%
e. Awet muda
f. Memudahkan tidur & mencapai tahap kepuasab tidur sehingga 100%
g. Menurunkan berat badan ke tahap ideal.


KELEBIHAN HERBA KENCANA KEPADA IBU-IBU

1. Mengatasi masalah peranakan ke bawah (jatuh) serta mengecutkan rahim

2. Mengeluar darah beku dlm rahim dapat mengelakan sis, kanser pangkal rahim &

sebagainya.

3. Menguatkan semula otot-otot faraj

4. Mengatasi masalah kurang nafsu seksual (kedinginan) serta dapat menambah keghairahan.

5. Menegangkan semula otot-otot perut, payudara & punggung.

6. Mengatasi masalah 'BECAK' ketika bersama.

7. Menyembuhkan ketumbuhan (Fibroid) & ketumbuhan-ketumbuhan daging bawah bibir faraj.

8. Melancarkan perjalanan darah.

9. Agen imunisasi tubuh badan serta bayi yg menyusu susu ibu.

10.Melambatkan proses monopous.

11. Menjadikan kulit halus, licin & gebu.

12. Dapat menurunkan berat badan.


P/S: SAYA SENDIRI TELAH MENGAMALKANYA SELAMA LEBIH DARI 3 THN SETENGAH...ANDA NAK TAHU APE KELEBIHANNYA LAGI...HUBUNGI SAYA...DAN PADA SESIAPA YANG INGIN MENDAPATKANNYA....SILA HUBUNGI SAYA SEGERA...
016-9367641....

PROMOSI HARGA:


BELI 2 KOTAK RM80 (biasa rm90)

Wednesday, June 16, 2010

contoh-contoh bentuk loyang

loyang agar2 - kek pun boleh

loyang kek barbie - agar2 barbie pun boleh



loyang boleh laras- sesuai utk cheese cake & hias kek

loyang petak

loyang biskut

loyang roti


loyang roti (jenis kecil)

loyang bulat

loyang ni sesuai utk kek pisang dsb


loyang love


lotang petak loose

loyang roti bertutup

loyang biskut tinggi

loyang pie





macam2 jenis loyang ada...jadi..kita kena lah pandai memilih loyang mana yang sesuai untuk digunakan supaya tahan lama dan x mudah rosak dsbnya....

Tuesday, June 15, 2010

Dulang biskut

Ianya tidak boleh sama sendat dengan ruang ketuhar...sepatutnya mesti ada ruang sekurang2nya 5cm dr tepi dulang dengan din ding ketuhar.

Dulang biskut mesti lah dalamnya 1cm (dulang yang terlalu dalam akan menghalang biskut rata kuningnya.) pilih lah jenis aluminium yang tebal supaya ia tidak melengkung..

sebagai permulaan,saya cadangkan anda mendapatkan
-1 acuan aluminium segiempat sama untuk membakar kek
-1 acuan aluminium bulat untuk membakar kek
-1 acuan springform
-2 @ 3 dulang biskut...


p/s: jika anda ingin membakar pai,muffin,kek mangkuk dan roti...tambahkan 1 acuan pai,patitin dan acuan roti...

selamat mencuba....

Acuan roti

ianya terdapat dalam pelbagai jenis ukuran...jenis tidak melekat yang boleh memuatkan 900 g (2 lb) roti bantal sangat sesuai.Dimensinya lebih kurang  22x12x7cm.ukuran2 lain sesuai untuk roti teh dan kek bantal...

Acuan kek chiffon

ianya juga dikenali sebagai acuan gegelang atau acuan bertiub..bentuk dalam dan tepinya  mencerun kebawah dan terdapat gelang ditengah2nya..Acuan ini digunakan untuk kek chiffon dan kek angel food.Jenis aluminium juga sudah memadai....

Thursday, June 3, 2010

Laptop ku rosakkkkkk

slam semua...rsanya dh hmpir sblan ayu x msk blog ni...bkn xnk update..tp laptop rosak..anak2 main game pnya psal..LCD nya terus bler..

Hp ayu lak xdpt nak buka google yg sediaada..kna update software ktanya.terpaksa la ayu install opera mini...opera ni plak,terhad sgt penggunaanya...tension btol!!!

Laptop ayu 2 dh di hntar ke HQ HP...tp msh x ok lg...blaaaa la nk ok.dh patah kaki ayu dibuatnya..ingatkan nak beli laptop bru..hb lak x kasi.ktanya taun dpn ok la..taun ni bnyak gna wang ktanya..kan ayu bru je pndah awal taun ri 2..so...nak laptop baru..kna la tnggu taun dpan...huhuhu..

Opera mini ni stakat nak 2lis2 ni ok la..tp klo nak upload pic..mmg xboleh.menyakitkan hati aje...tp nak wat camna...guna jgk la...opera pun opera la...janji bleh update ckit2...:(

Acuan Springform

acuan ni tidak melekat dgn tapaknya dan bhgian tepinya boleh dipisahkan apabila dibuka klipnya bg memudahkan kek dikeluarkan dr acuan.
Acuan ini selalunya digunakan utk kek keju @ kek span yg dihias atasdgn agar2 @ mousse..pilih la acuan yg tegap,jka tdak..ia akan melengkung dan adunan akan meleleh keluar semasa membakar...

Peralatan Membakar

Memilih Acuan Membakar...

Anda ingin membakar kek tetapi tdak thu memulakannya?sudah tentu anda memerlukan peralatan...antaranya..ketuhar,sudu,cawan sukat,penimbang,mixer,spatula dan beberapa acuan pembakar..
Pilih acuan yg bnyak boleh memeningkan kpla..kita harus kenali akan peralatan dan kegunaan supaya kita mudah utk membuat pilihan..

Acuan Aluminium Bulat & Segiempat sama:
Ianya di antara 18cm - 25cm sesuai utk asas dlm membakar kek.dua drpd jenis setiap jenis perlu bg membuat kek sandwic & kek lapis..

Monday, April 19, 2010

cupcake ceri

Bahan:

250gm tepung naik sendiri
250gm mentega
200gm gula kastor
50-100gm ceri merah + ceri hijau
50ml susu segar
5bj telur
1sudu teh esen vanilla

Caranya:

1-Pukul mentega & gula hingga larut/kembang.
2-masukkan telur 1 persatu.
3-masukkan pula tepung diselang selikan dengan susu segar dan esen vanilla.kacau rata.
4-masukkan pula ceri dan kaup balikkan.
5-tuangkan dlm acuan dan bakar pd suhu 170-180'c selama 15-20min @ hingga kekuningan...

Selamat mencuba...

Sunday, April 18, 2010

Aku budak baru nak belajar da....

SALAM....SMLAM X SMPAT AKU NAK BERBLOG...AKU G BLAJO..TU PASAL X MSK..HR NI BARU BLEH MSUK..HEHE...NAK TAHU..SEMALAM AKU G KELAS KEK & HIASAN...NAK KATA BEST 2...XDE LA SGT..TP BEST LA JUGAK...HEHE..BERBELIT2 PLAK..KORANG NAK TAHU APE YANG AKU BELAJAR?ADALA....HEHE..JGN MARE...


SEBENARNYA KELAS 2 AJAR BUAT KEK & HIAS KEK CKIT2...LAST SX BRU LA KITONG SUME BLAJAR HIASKAN SENDIRI...AKU G NGAN K.LONG AKU...DIA DTG DR DUNGUN TRG..KELAS 2 START JAM 10.30PG...TP KOL 9.30PG AKU NGAN K.LONG DAH PUN TERPACAK KAT AKEDEMI 2.....AKU G AWAL COZ AKU SBNARNYA X TAHU JALAN..JD KNA LA KUAR AWAL.NAK WAT CANGNE..AKU DRIVE SDR..TU LA PASAL...



DALAM KELAS 2 ADA 11ORG PLAJAR..10 PLAJAR POMPUAN 1 PLAJAR LAKI(CINA)..SUME PLAJAR SPORTING2 BLAKA...CHE TAM PUN ADA TAU...U ALL KENALKAN SAPE 2 CHE TAM?ALA...BLOGGER TERATAK CHE TAM 2 LA...BAIK ORGNYA...SERONOK 2 SERONOK LA..TP AKU AGAK KECEWA SEDIKIT COZ INGATKAN KELAS HIASAN NI DIA AJAR BUNGA2 AND DECO YANG BEST2...TP RUPANYA BIASA2 AJE...KEPERLUAN BAHAN HIASAN JUGA AGAK TERHAD....MACAMANA PELAJAR NAK MENDECO MENGIKUT KRETIVITI SENDIRI JIKA BAHAN YANG DISEDIAKAN ALA KADAR DAN CUKUP UTK HIAS SMPLE2 AJE....AKU JUGA DITEGUR KERANA MENGHIAS LEBIH.KATANYA KALO AKU HIAS LEBIH,NANTI PELAJAR LAINNYA X DPT NAK HIAS COZ BAHAN YANG DISEDIAKAN X BANYAK..



SEPATUTNYA MEREKA KENA LA SEDIAKAN BAHAN2 DENGAN SEWAJARNYA...BARULAH PARA PELAJAR DAPAT MEMPELAJARI SERTA MENGHIAS SENDIRI KEK MASING2 DENGAN MENGIKUTI KRATIVITI MASING2...MAKLUM LA..PELAJAR2 YANG DATANG 2 BUKAN SEMUA PANDAI2...AKU JUGA TIDAK LAH PANDAI..SEBAB 2 AKU JOIN KELAS..BAYARAN PLAK BUKAN SEDIKIT...TP HAMPIR RM300...DR SBLOM BKA KDAI AKU 2 LAGI AKU MMG X AMBIK APE2 KELAS..SEMUANYA DIPELAJARI SENDIRI MELALUI BUKU2 & INTERNET..MASUK KALI NI BARU 2 KALI AKU G BELAJAR...DAH DUA KALI JUGA LA AKU TERASA AGAK KECEWA...TERASA PAYAHNYA NAK DAPAT APE YANG AKU INGINI..



TP ITU SEMUA X JD MASALAH SEBENARNYA...CUMA TERASA AGAK KECEWA LA CKIT...KEK YANG DIBUAT SEMUA BEST2 BELAKA..PELAJAR2 DAN GURU JUGA BAGUS2....INSYAALLAH DI LAIN MASA JIKA ADA KELAS MEMBUAT BUNGA DAN DECORATION YANG BENAR2 DECORATION..AKU AKAN HADIR LAGI...



PADA AKEDEMI BERKENAAN...JANGAN DIAMBIL HATI DENGAN APA YANG AKU CATATKAN DICNI...INI JUGA BOLEH DIAMBIL SEBAGAI TEGURAN MEMBINA...HARAP APE YANG AKU CITEKAN DICNI TIDAK DISALAH ERTIKAN....NAK TENGOK PIC KEK2 YANG AKU BELAJAR X?KALO NAK..NANTI AKU UPLOADKAN YE...TP KENA LA TUNGGUUUUUUUUU....

:)

Friday, April 16, 2010

KAMBING MASAK BERIANI

bahan2:

bahan a:
1 kg daging kambing tempatan
1 mangkuk kecil minyak sapi
3 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar lada hitam

bahan b:
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia

bahan c:
3 sudu besar madu
3 sudu besar tomato puri
3 mangkuk susu cair
garam secukup rasa

bahan d(hiasan):
kismis secukupnya
gajus secukupnya
badam secukupnya
daun pudina-hiris halus

caranya:

1-rebus daging hingga empuk
2-kisar semua bahan b
3-panaskan minyak dan tumis bahan b hingga naik bau
4-masukkan rempah beriani serta rempah kari daging dan gaul dengan b hingga sebati
5-masukkan bahan c,kacau kemudiannya masukkan daging.masak hingga naik minyak
6-masukkan lada hitam & daun pudina..setelah masak,hiaskan dengan bahan d...........:)

NASI BERIANI

bahan2:

1kg beras basmati
1 tin susu cair
4sudu besar susu pekat
1 cawan yogurt
1 cawan minyak sapi
6 ulas bawang merah-kisar
2 batang serai-ketuk
rempah 3 sekawan
2 helai daun pandan
2 tangkai daun pandan
2 sudu besar pewarna kuning telur
9 mangkuk air
2 sudu besar rempah beriani
1 bj limau nipis
garam secukup rasa

caranya:

1-basuh beras dan tuskan 15min sebelum masak
2-masukkan minyak sapi,kemudian setelah panas masukkan rempah 3 sekawan,bawang merah yang dikisar,rempah beriani,daun pudina,daun pandan dan serai.kacau hingga wangi.
3-masukkan pula susu pekat,susu cair dan air..kacau sebati.
4-masukkan beras yang dituskan tadi dan biarkan nasi sehingga nasi masak.
5-setelah nasi masak,perahkan limau nipis dean titiskan pewarna...

(resepi by majalah saji)

try la..sedap ni...saya dah pun cuba.

NASI ULAM DESA

Bahan2:

4 cawan nasi putih yang masih panas
2 helai daun salad
4 helai daun mengkudu
1 tangkai daun saderi
1 helai daun kunyit
2 helai daun cekor
2 tangkai daun selasih
1 genggam daun pegaga
1 batang serai
sedikit daun pudina
2.5cm halia dan lengkuas
2 helai daun limau purut
1 ekor ikan selar bakar
2.5cm padu ikan kering digoreng
2 labu bawang besar
1 cawan kelapa digoreng hingga kuning-ditumbuk halus
sedikit ajinomoto& garam
tomato dan bawang besar untuk hiasan

caranya:

1-daun2 itu semua di mayang halus.ikan kering dan ikan selar ditumbuk lumat
2-gaulkan segala jenis daun dengan kerisik,bawang besar dan nasi yang masih panas.garam secukup rasa dan renjiskan secubit ajinomoto...

makan panas2...best....selamat mencuba...

berat2....

hari ni aku x hantar anak aku ke sek..sje aku x nak hantar coz nak bawa dia g klinik.bkn pe..kat sek dia 2 dengo kata dah ada 3 kes h1n1 ni...tp aku sdr pun x pasti la sngt..aku riso juge le coz anak aku batuk2 dan selsema..pg2 td...lepas hanto angah ke tadika..aku langsung singgah klinik...appada...x buka lagi rupanya...penat aku angkut sume anak2 aku kuar...dah klinik 2 tutup lagi..aku langsung je balik umah..malas la nak tunggu mencacak kat ctu...buat penat je...

bila dah balik umah ni..almaklum le...buat itu buat ini...malas la plak nak kuar..tgk jam awal lagi klo nak g ambik angah kat tadika 2...aku pun ape lg...ambik bantal...tido le...tp xleh lama la..ada plak org bank call.kacau daun betol la.....baru je nak mimpi best2..dah kena ganggu..

bangun tido je,aku g la tngok kucing2 aku kat luor 2...cian lak aku tengok bby cat aku dijangkiti kurap kucing liar..aku pun call la dokto hewan buat temujanji nak jumpa...aku pun kerahkan anak2 aku bersiap nak g klinik hewan..mak aih!duk kolumpo ni kan...klo xde duit mmg payah la nak idup...aku duk kat dungun dlu dah terbiasa g klinik hewan tanpa caj..tppppp kat cni ni...mak aih!mahal giler....ratus2 2 mainan kat cni la gamaknya....pening kepala aku...klo kucing 2 seko xpe la...tp kalo dah berbelas2 eko macam yang aku ada ni....haru jadinya....boleh kopak aku dibuatnya...


bobo baru lepas aku spray ubat....sian dia..asyik lari je bila aku spray..ubat sejuk...berserabai habis bulu2 dia...

abby dan anak2nya aku spraykan juga...lepas kena spray,langsung anak2nya nak mintak susu....
anak2 kucing ni pun aku spray...habis serabai bulu2 dorang...


Thursday, April 15, 2010

nasi beriani o nasi beriani.....

Hari ini....seperti selalu dan akan sentiasa menjadi rutin hidup aku selamanya...bangun pagi,solat subuh.pastu kejut kakak bangun mandi utk ke sekolah...biasanya dia g sek aku hantar jalan kaki aje...tp sejak bulan 4 ni...hb aku la yang hantar dia setiap pg...tp tgharinya..aku la yang akan ambik dia.tp 2 pun selepas aku ambik anak jantan aku kat tadika....

pagi ni kakak dan angah ke sek spt biasa...kebetulan masa balik hantar angah ke sek..aku singgah stsen petronas..saje singgah beli surat kobar..bila dah singgah 2...mata pun melilau la tengok majalah pulak..beli pulak majalah harmoni dan saji..sampai je umah...aku belek2 la saji...wah!!! macam2 resepi ada..tp yang aku cukup berkenannya,aku tengok resepi nasi beriani...best nyer.......terliur aku dibuatnya...em...apa lagi..aku pun terpikir la nak masak nasi beriani 2 ari ni...aku pun ape lagi,terus kejut nana bangun tido coz aku nak g kedai.beli barang2 nak buat nasi beriani ni la...semangat u....

bila dah beli sume barang2 keperluan 2..aku terus g ambik angah kat tadika coz jam dah hampir2 kol 12..ari ni kakak balik sek 12.30...jadi aku x la langsung balik umah...aku g melepak kat pagar sek kakak la plak...ala....alang2 dah kat kol 12.30 pun...malas la nak balik umah...kang x pasal2 aku terpaksa jalan kaki g ambik kakak 2...denagn cuaca yang panas macam ni,tak kuasa aku nak jalan2 kaki...baik aku tunggu dalam kete...sejuk gak la...hr kamis mcm ni..aku selalunya bawak anak kwn aku balik umah sekali...maklum la kakak budak 2 ada tasmik...kecian lak aku nak tinggal dia sengsorang kat tmpat menunggu 2.kalo skjap 2 xpe la...tp sampai kol 1.30ptg..

kol 1.40..kawan aku datang nak ambik anak dia...aku cakap kat dia yang aku baru je nak masak nasi beriani...alih2 dia ajak aku g makan nasi beriani kat JM NASI BERIANI kat ss18...ala...org dah pelawa 2...aku ok kan aje...mmg dah teringin pun...hehehehe..dalam kol 3 kot kitorng g kat JM 2...best gak ek nasi beriani kambing dia 2...aku siap bungkus untuk hb aku lagi....xleh la...makanan sedap ni,kena la kongsi dengan hb..sbbnya dia dah bagi izin aku g kuar n makan..kena la aku ingat kat dia sama...ye la...klo dia x izinkan..........mana la aku nak dapat makan kat ctu.btol x?

balik umah sempat lagi aku buat nasi beriani mcm dalam resepi 2...tp x la sesedap yg kat kdai nu...kira ok la boleh makannnnnn...hehehe...NASI BERIANI O NASI BERIANI...BEST TOL.....

ni nasi beriani yang aku cuba buat tu...hehe

Wednesday, April 14, 2010

tempahan kek

Pagi tadi ada cust call oder kek vochelle...katanya nak ambik malam ni...kebetulan aku free..aku ok kan aje..biasanya aku ambik tempahan 3-7hr tempoh..dah hr ni kbtulan xde keje sangat....
kalo x salah namanya rahimah dari shah alam...ptg tadi bila dah bereskan semua keje2 umah..aku pun mula membuat kek choc vochelle ni...kek ni paling banyak aku dapat tempahan setakat ini la...
nak kata sedap sangat 2...xde la..tp best la..hahaha...masuk bakul angkat sendiri la plak aku ni.......jangan marehhhhh

ni aku nak kongsikan pic kek 2..dr choc yg masih belom siap hingga la ke kek yang dah siap...toppingnya aku pakai choc vochelle...dalam kek pun aku pakai choc vochelle tau.....

                                    













   choc vochelle yang belum siap d/boiling
                                   













choc topping yang dah siap untuk digunakan



















kek yang dah siap masak tp belom lagi di hias

 














kek yang dah siap diletakkan topping dan dihias simple....

ha..pasni kalo ada yang nak mencoba 2...jangan la segan2 coling...aku buat special gtu.....:)

(masa aku tengah hadap blog ni...si rahimah 2 pun datang ambik kek dia..sempat la juga aku bg dia try kek 2 and choc yang aku buat..dia beli sekali dengan tepung kek yang aku packing sendiri dan jual...)

contoh tepung yang aku jual..(aku dah pack dlm bekas da..)

Panasnya...cuaca

Pg td aku terlajak bangun...tengahri ni aku g ambik kakak kat sek pun agak lewat ckit..bkn terlajak tido lg tau...tp aku sje g lambat2 ckit..
Hr ni anak aku ada kelas tasmik..jd waktu pulangnya adalah kol 1.30tghri...kol 1.25 bru aku gerak...oh ye...lpa nak bgtau...sek kakak 2 dekat aje ngan umah aku ni..ala..klo jln kaki 2 x smpai la 10min..jarak 150mter je...jd xde hal la klo lmbat ckit pun...
Cma nak citenya...kat mesia ni cuaca terasa sangat bahangnya...panas giler!! Kulit aku ni pun dah naik berkilat dibuatnya..mananya x..pakai bju lengan pendek,klo lengan panjang kang..hangat plak..berpeluh2..kang berbau tengik,maunya org x nak dkat ngan aku ni...
Tp seb baik gak la time blik kwan aku sllu tmpangkan..dia pun lalu arah umah aku juge le..jd lega la cket time blik 2...klo x..mengah btol aku ni..nak blik umah aku kna daki bkit ckit..dengan panas2 ni,smpai umah je langsung bka peti...x tahan la dengan cuaca skang ni...bkn waktu siang je panas..malam pun masih lg teras bahangnya....panas...panas...
Baru panas kat dunia dah terasa sakit...macamana la dengan azab api neraka...?nauzubillah..moga allah mengampuni segala dosa2ku dan seluruh umat islam sedunia.....amin....

Pagi yang terlajak...

salam perkenalan buat semua...

Semalam aku tido lewat semata2 nak menghias blog ni...almaklum la kali pertama buat blog sendiri...sblom ni bkn x pnah cuba buat,tp asyik x menjadi dan xde masa nak menatap benda2 alah ni....ada juga blog aku yang aku upah kawan buatkan..dah xde msa nak buat,upah la senang...nak dijadikan cite..aku ni kalo gna intenet msti guna simkad hp aku...bila dh slsai gna..aku pasang la balik kat hp..tp terlupa plak aku nak setkan balik jam hp 2...sblom 22p laptop 2,smpat lg aku menjeling jam kat laptop 2..hr dah pun menunjukkan angka 3pg...dah selesai kmas ape yg ptt...aku langsung tido...bila dah ada anak ni..tido pun kadang kala x lena..buat plak anak aku yg kecik ni...mlm2 mst dia merengek2.bkn sbb nak susu..tp mmg tabiat dia suka merengek waktu mlm.sbnonya dia merengek 2 sbb nak tido sblah aku...hehe..bila kita tak lena dan terlewat tido...jaganya pun telewat jgk la...dalam2 tido 2,aku terdengar anak aku yang sulong terbatuk2...aku pun celik la mata.........masyaallah...dah terang benderang dat luar nu..ape lg..dengan sepantas kilatnya aku bangkit dan terjun dr katil..tgk jam kat hp bru jam 2.30pg...gile ke ape hp aku ni,nape kat luar nu hr dah cerah giler...?lantas aku terjun aje anak2 tangga umah aku ni...ya allah..jam dah kol 7!tp anak aku blom lg mandi..dengan suara ala2 tarzan..aku panggil kakak trun bwah dan mandi dgn sepantas-pantasnya..kelam kabut la dia dibuatnya...anak aku yang sulung ni aku panggil dgn panggilan kakak..yg kedua angah(laki) dan bongsu nana..
Kakak ni biasanya klo mandi lama giler...tp pg ni x smpai 5minit..haha..kelakar juga tengok riak wajahnya yang terkezut 2...aku pun kelam kabut juga la menyiapkan dia dan beg seknya...jam 7.20pg baru aku hantar dia ke sek..kecian dia x smpat sarapan..tp aku bernasib baik juga la angah cuti hr ni,kalo x haru aku dibuatnya...ni la bahana tido lewat dan lupa setkan jam hp dgn btol.....terlajak bangun tepat pada masanya dan terlajak la aku solat subuh...kena la ganti...huhu...


Moralnya...jangan tido lewat2 lg dan tengok jam betol2....hihihi :))

Tuesday, April 13, 2010

Buahati yang tersayang

Dari kiri: Angah,kakak & nana...gambar masa kat karnival keluarga naza di shah alam....

ini lah buahatiku yang sentiasa memeriahkan suasana...
seronok diorang ni masa bawak g jenjalan di klcc...aku le yang penatnya nak mengusung ke hulu ke hilir..abahnya ada metting kat klcc..jd kitorang ikut sekali..

gambar ni aku snap masa kitorang g kat tasik perdana....ala...yang ni baru minggu lepas kitorang g sana...saje jalan2...hujung minggu je kitorang dapat jalan2 macam ni...hb aku bz..time2 ni je la dia bawak kitorang jenjalan makan angin...hehehe.....;)

rehat sebentar ya....
seronoknya mandi laut...ni gambar masa kitorang masih lagi di dungun terengganu....pantai ni dekat bebeno dengan umah family aku kat sana....anak2 aku bila pindah sini selalu tanya bila nak g pantai...syok tau duk kat pantai...boleh selalu mandi manda...kat cni?em......sonyi sopi...:(